Menguasai Rumah Kerajaan Krisis_politik_Thailand_2008

PAD meneruskan protes dengan menguasai Rumah Kerajaan di Bangkok. Badan penyelidik Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) menganggap protes anti kerajaan yang berterusan mengancam keamanan dan demokrasi di Thailand. Industri pelancongan dan ekonomi Thailand merosot 25 peratus pasaran saham . Rampasan kuasa tentera sekali lagi mungkin akan berlaku atau melalui demonstrasi jalan raya.

Polis Thailand menahan pemimpin PAD, Chaiwat Sinsuwongse pada Oktober 2008 menyebabkan protes akti kerajaan lebih agresif. Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang mengepung bangunan Parlimen bagi menghalang ucapan sulung Perdana Menteri Somchai Wongsawat. Perlembagaan Thailand menetapkan perdana menteri baru mesti menyampaikan ucapan dasar di Parlimen sebelum kerajaan baru boleh memulakan dasar pentadbiran negara.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Chavalit Yongchaiyudh dilihat menyebelahi PAD dan menyalahkan polis kerana menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Ekoran itu Chavalit meletak jawatan bagi memikul tanggung jawab terhadap kecederaan yang dialami oleh penunjuk perasaan.

Protes PAD melalui demonstrasi jalanan secara berterusan terhadap kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya umum sudah cukup untuk membuktikan bahawa tindakan mereka tidak berlandaskan konsep demokrasi. Sepatutnya kerajaan baru yang dipilih diberi ruang dan masa untuk memperbaiki kesilapan. Pilihan raya berikutnya wajar diadakan untuk menentukan masa depan seseorang perdana menteri. Demonstrasi jalanan mudah berubah menjadi medan pertempuran.

Kumpulan penunjuk perasaan ini mampu menggenggam senjata di tangan secara tiba-tiba dan siapa dan bila ia disediakan jhika tidak dirancang lebih awal.Dengan sedikit provokasi mampu mencetuskan pergaduhan kaum yang besar.

Rujukan

WikiPedia: Krisis_politik_Thailand_2008 http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.nationmultimedia.com/2008/10/29/politic... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=092... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...